BAB 9 PENGURUSAN DISIPLIN
Tingkah Laku @ Disiplin
Apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh
seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh
diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah
manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
”Sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar”
Lewis
M.Beaker (2001)
“Tingkah
laku juga merangkumi aktiviti, aksi,
prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti
yang melibatkan otot-otot, kelenjar
(glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku
adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.”
Garry
Martin dan Joseph Pear (2003)
”Menekankan
bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan
keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia
berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin”
Carl
Rogers (1999)
“Tingkah
laku manusia daripada perspektif Islam mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada
kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi”
Al-Ghazali
Pengurusan Disiplin
Satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah
laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang
sesuai.
“Setiap
guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas,
pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan
menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan”
DR. Ragbir
Kaur a/p Joginder Singh (2005)
Teori Salah Laku Pelajar
1.
Teori
Fungsionalisme
2.
Teori
Konflik
3.
Teori
Interaksionalisme
Teori Fungsionalisme
·
Struktur-struktur
sosial akan menentukan keharmonian masyarakat.
·
Tiga
Andaian Pengkaji
a.
Stability
i. Kriteria
penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat
dapat dikekalkan.
b.
Harmoni
i. Menunjukkan bagaimana semua bahagian
dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya.
c.
Evolusi
i. Menggambarkan perubahan-perubahan yang
berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadapkantasikan daripada
struktur sosial kepada pembaharuan.
·
Teori
fungsionalisme juga menganggap Devian sebagai sebuah disfungsi pada struktur
sosial.
·
Devian
adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti
yang dijangkakan berlaku di sekolah.
Teori konflik
·
Tujuan
pendidikan sebagai upaya menjaga kesenjangan sosial dan melestarikan kekuasaan
orang-orang yang mendominasi masyarakat.
·
Teori
ini juga menyatakan bahawa devian merupakan tindakan golongan tertindas
terhadap pihak minority yang menindas.
·
Seperti
di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang
dominasi pihak berkuasa.
Teori interaksionisme
·
Membincangkan
peranan individu dalam sesuatu sistem Sosial.
·
Mengkaji
bagaimana seseorang menginterpretasi dan bertindak mengikut kemahuan
masing-masing dalam suatu komuniti.
·
Ahli-ahli
teori interaksionisme mentafsir makna perlakuan atau aksi individu dan
memperjelaskan makna-makna perlakuan manusi yang subjektif.
·
Jika
dilihat dalam aspek persekolahan, teori ini menyatakan bahawa devian merupakan
suatu proses sosial.
·
Para
pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai
dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi.
Devian
“Terbahagi
kepada empat iaitu inovasi, ritual, undur dan Menentang”
Merton
(1938)
Devian Inovasi
·
Cara
seorang individu daripada suatu komuniti untuk mencapai suatu matlamat dengan
cara yang salah.
·
Contohnya
ialah pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan
tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuma mendapatkan
markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik.
Devian Ritual
·
Tindakan
seorang individu mengulang-ulang suatu perbuatan.
·
Contohnya
ialah pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.
Devian Undur
·
Seseorang
yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain
sebagai tindakan.
·
Sebagai
contoh, pelajar yang sudah kecewa dengan pelajarannya akan sering ponteng
sekolah.
Devian Menentang
·
Perbuatan
seorang pelajar menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.
Faktor Berlakunya Devian
Faktor Kelas Sosial
·
Latar
belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak
menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.
·
Kadangkala
tingkah laku mereka bertentangan dengan apa yang dikehendaki pihak sekolah.
·
Contonya,
pelajar dengan latar belakang kelas sosial rendah dikatakan membawa nilai-nilai
seperti kekasaran, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.
Faktor Jantina
·
Kajian
menunjukkan bahawa devian lebih banyak dilakukan oleh pelajar lelaki seperti
merokok, berjudi, membuli, ponteng, samseng dan vandalisme.
·
Pelajar
perempuan pula dikaitkan dengan kesalahan melibatkan cara berpakaian, bersolek,
vandalisme dan berpasangan.
·
Ini
berlaku kerana faktor sosialisasi berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan
dari kecil lagi.
No comments:
Post a Comment