BAB 5 PENGURUSAN MURID
Aspek Proses Pengurusan Murid- Perancangan
- Pentadbiran
- Pengawalan/Pemuliharaan.
Aplikasi Pangkalan Data Murid, APDM
- Aplikasi atas talian untuk menyimpan maklumat semua murid di sekolah yang berada di Malaysia.
- Guru kelas bertanggungjawab untuk mengisi dan mengemaskini maklumat peribadi murid serta maklumat ibu bapa atau penjaga murid dalam apliksi tersebut.
- Maklumat ini juga boleh diambil daripada sistem Jabatan Pendaftaran Negara.
- Di samping itu, tanggungjawab kemaskini maklumat murid amat penting kerana ini boleh memeriksa kelayakan semua murid untuk dapat bantuan oleh pihak kerajaan ataupun pihak lain. Contoh bantuan yang diberi adalah KWAPM, bantuan 100 Ringgit Malaysia, biasiswa, bantuan zakat bagi pelajar Muslim dan sebagainya.
Bahagian eKehadiran
- Guru kelas juga perlu mengemaskini kehadiran murid secara atas talian, setiap hari walaupun mempunyai cabaran seperti capaian internet perlahan.
- Selain itu, pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM boleh mengetahui peratusan kehadiran murid dengan hanya membuka APDM.
Murid Berkeperluan Khas
- Murid istimewa yang tergolong dalam Kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU)
- OKU ialah seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya keperluan biasa seseorang individu
Elaun Murid Berkepeluan Khas (EMK)
- Elaun ini berupa bantuan khusus
- Mula diperkenalkan pada tahun 2005.
- Bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU).
- Elaun ini diberikan kepada yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuk pelajar di kolej Vokasional dan yang mempunyai kad OKU.
- Kadar elaun yang diberi adalah sebanyak RM50 sebulan kali 12 bulan.
- Elaun tersebut disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pendidkan Khas yang menyalurkan elaun tersebut kepada jabatan Pendidikan Negeri, seterusnya JPN akan menyalurkan elaun kepada akaun sekolah dan akaun murid.
No comments:
Post a Comment