BAB 11 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Aspek Utama Pengurusan Pelbagai Budaya Murid
1.
Kepelbagaian
Murid
2.
Pengurusan
Merentas Budaya
3.
Isu
Kepelbagaian Budaya Murid.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat dari segi
bahasa pelbagai budaya bermaksud perihal pelbagai jenis tamadun, peradaban,
kemajuan fikiran, akal budi dan etc.
Dari segi saintifiknya, pelbagai budaya di
takrifkan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan
menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau
masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosialbudaya, dan menggalakkan
dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif (inclusive) dalam organisasi atau
masyarakat berkenaan.
Kepelbagaian Murid
·
Manusia
memang berbeza antara satu sama lain.
·
Guru
perlu sedar hakikat ini
·
Terdapat
guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan,
kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama.
·
Semua
pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang
diperlukan untuk belajar.
·
Banyak
perbezaan di kalangan pelajar
·
Bangsa,
agama, taraf keluarga, gender
·
Juga
melibatkan golongan minoriti – orang kurang upaya, golongan minoriti (orang
asli)
·
Guru
perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza.
Oleh hal yang demikian guru-guru mahupun pihak
sekolah hendaklah berperanan penting dalam mendidik murid-murid yang terdiri
daripada pelbagai budaya ataupun menstruktur semula program mereka yang
responsif terhadap kepelbagaian pelajar.
Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu
model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa.
Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara
individu. Pendidikan inklusif jadi satu falsafah sekolah. Tanggungjawab
pengurusan sekolah untuk mengamalkannya.
Dalam pendidikan inklusif, beberapa perubahan
perlu dilakukan terutamanya peranan sekolah khas iaitu;-
·
Membuka
peluang kepada pelajar OKU
·
Sebagai
pusat rujukan dan perundingan serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk
menjayakan pendidikan inklusif.
·
Menjalankan
kursus pengembangan staf atau kursus-kursus dalam perkhidmatan guru biasa.
·
Peranan
atau implikasi pendidikan inklusif kepada guru
·
Memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain
di sekolah dan guru-guru khas.
·
Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut
mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan.
Guru perlu menukar cara bekerja sendirian
kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar
pendapat antara satu sama lain. Di samping itu, terdapat pelbagai isu dalam
menguruskan kepelbagaian murid ini antaranya ialah;-
·
Rasis
/ perkauman
·
Diskriminasi
/penindasan
·
Ketidakadilan sosial Menyalahkan mangsa
contohnya: Menyalahkan mangsa rogol kerana berpakaian menjolok mata
·
Penilaian
berat sebelah
·
Bahasa
dan komunikasi
·
Dialek
·
Bilingual
·
Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua
·
Komunikasi tanpa lisan – mengejek, menyindir
dll
No comments:
Post a Comment