BAB 12 PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
Pengurusan Pelbagai Budaya
Menekankan kepada pengurusan yang khusus kepada
pelajar yang berkeperluan khas dan program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah
khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal,
intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.
Terdapat juga program pemulihan iaitu satu
program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran.
Program ini dijalankan oleh guru yang khusus,
di ruang yang khusus. Murid yang mengalami masalah 3M adalah disebabkan oleh
faktor persekitaran dan bukan faktor kognitif.
Teknik penggayaan
diterapkan kepada murid yakni memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat
menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal
daripada itu. Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan
perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar.
Terdapat dua perbezaan teknik penggayaan iaitu; -
Pengayaan
Mendatar
|
Pengayaan
Menegak
|
Dirancang untuk kumpulan mengikut
kebolehan
|
Dirancang mengikut kumpulan yang
cerdas
|
Kadar kesukaran aktiviti
|
|
Kadar kesukaran aktiviti
pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
|
|
Jenis aktiviti pengayaan biasanya
diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar
|
Jenis aktiviti pengayaan biasanya
terdiri daripada kertas projek, permainan, rekreasi
|
Tujuan: mengukuhkan kemahiran
yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti
|
Tujuan: mewujudkan kegembiraan
dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama
|
Setiap kumpulan menjalankan
aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama
|
Kumpulan cerdas menjalankan
aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana &
lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan
|
Individu Berkeperluan Khas
”Individu
yang berbeza ataupun istimewa daripada norma hidup masyarakat. Keistimewaan ini
meliputi perbezaan daripada fizikal, pancaindera, kognitif ataupun tingkah
laku. Kebanyakan kanak-kanak ini memerlukan tahap pendidikan yang istimewa yang
berkaitan dengan keperluan uniknya”
Garciulo,
2003
JENIS KEISTIMEWAAN
|
CIRI-CIRI
|
Pintar Cerdas
|
·
Perbendaharaan
kata yang lebih luas,
·
Mempunyai
kematangan dari segi penggunaan istilah,
·
Keistimewaan
dalam matematik,
·
Mencari kesempurnaan kendiri,
·
Tidak
mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah,
·
Petah berkomunikasi
|
Autisme
|
·
Sukar
berkomunikasi
·
Mengelak
untuk bertentang mata
·
Emosi
tidak seimban
·
Mencedera
diri sendiri
·
Sukar
memahami orang lain
·
Pasif
|
Disleksia
|
·
Disparaxia
(masalah koordinasi motor-mata tangan),
·
Diskalkulia
(merujuk kepada masalahmatematik)
·
Disgrafia
(merujuk kepada bahasa)
|
KECERDASAN
PELBAGAI
|
HURAIAN
|
Kecerdasan
Logik-Matematik
|
·
Pelajar
mempunyai kelebihan dalam matematik.
·
Golongan
yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif
dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian
hipotesis.
·
Kemahiran
dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara
konseptual dan abstrak
|
Kecerdasan
Verbal-Linguistik
|
·
Golongan
ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam
menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.
·
Memahami
bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu
perkataan.
·
Mahir
dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu
unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa,
dan pengucapan awam.
|
Kecerdasan
Muzik
|
·
Golongan
ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari,
mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan
perasaan melalui muzik.
·
Peka
terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti
binatang, guruh dan angin.
·
Kecerdasan
muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa.
|
Kecerdasan Kinestetik Badan
|
·
Individu
jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada
sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah
yang mereka hadapi.
·
Mempunyai
kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka.
·
Mereka
juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental.
|
Kecerdasan
Interpersonal
|
·
Golongan
ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.
·
Mereka
berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat
dan tabiat orang lain.
·
Mudah
bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri
dalam
pelbagai situasi yang ada.
|
Kecerdasan
Intrapersonal
|
·
Mempunyai
kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat
tentang diri sendiri.
·
Mereka
berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik.
·
Mampu
menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup
berdikari.
·
Suka
bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara.
|
Kecerdasan
Ruang Visual
|
·
Individu
ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi
yang agak tinggi.
·
Peka
terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran
mereka.
·
Mampu
berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau
penilaian alam sekitar dengan tepat
|
Kecerdasan
Naturalis
|
·
Mempunyai
kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada
pada alam sekeliling.
·
Golongan
yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam
terbuka.
·
Sangat
sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan
isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam.
|
Kecerdasan
Eksistensialis
|
·
Mempunyai
persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui
oleh golongan manusia.
·
Golongan
ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan
yang muncul dalam fikiran mereka.
·
Golongan
ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan
masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang
berkembang pada masa kini.
|
No comments:
Post a Comment