BAB 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH
Bilik Darjah
- Tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran
- Tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat danilmu pengetahuan.
- Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan harapan yang sama.
- Satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks.
- Melibatkan beberapa orang tertentu seperti pengetua, ibubapa dan pengurusan sekolah yang berperanan memberi sokongan selain daribentuk pengajian seperti menetapkan matlamat, memperuntukkan sumber dan mengarah tujuan.
Pengurusan Bilik Darjah
Set tingkah laku guruyang meliputi pelbagai
aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkankondisi pembelajaran seperti
diharapkan.
"Pengurusan bilik darjah adalah okestra
dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,
penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran."
Lemlech (1988)
Penyusunan suasana bilik darjah penting bagi
memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar sertatanggungjawab
guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
"Lebih mudah bagi kita untuk membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri."
Levin dan Nolan (2004)
Kedua-dua aspek arahan dan pengurusan
merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu
bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri
dalam pengajaran dan pembelajaran
FAKTOR MEMPENGARUHI INTERAKSI BILIK DARJAH
"Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi
corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh
diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan
yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor
teknikal."
(Mak Soon Sang, 2008)
1. Faktor Fizikal
- Segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.
- Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.
- Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.
- Murid mudah berinteraksi sesame mereka dan mudah berintraksi dengan guru.
Ciri-Ciri Bilik Darjah Yang Kondusif
- Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9meter boleh memuatkan 40 orang murid.
- Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.
- Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan,kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif.
Hasilnya
- Terjelma suasana yang harmonis, ceria
- Semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri
- Wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan
- Semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif
2. Faktor Sosial
Perhubungan dan corak interaksi
di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah.
"Murid-murid dalam
sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang
berbeza-beza. Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu
tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu guru perlulah bijak
merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan
menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas"
(Mok Soon Sang,
2008)
Komunikasi Sosial Dalam Kelas
- Komunikasi sehala =Interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid y
- Komunikasi dua hala =Interaksi guru dengan murid
- Komunikasi pelbagai hala =Interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid
Selain itu faktor sosial juga
dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah.
Guru perlu menetapkan perkara atau rutin pergerakkan yang murid boleh
atau tidak boleh lakukan dengan sistematik, seperti;
- Cara murid memasuki kelas dan keluar kelas contohnya keluar ke tandas.
- Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnya mesti berada dalam kumpulan masing-masing dan tidak merayau-rayau dalam kelas.
- Cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran contohnya mendapatkan pensil warna dan lembaran kertas kerja dari guru.
3. Faktor Emosi
Perasaan murid-murid
terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah
laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya.
"Mengikut
kajian, suasana emosi bilik darjahyang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru
yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu,
serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap
demokrasi dan tidak memilih kasih"
(Mok Soon Sang, 2008)
Faktor emosi juga
dapat di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Antara jenis kepimpinan guru ialah;
- Gaya Kepimpinan Autokratik
mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mengwujudkan suasana
yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif.
- Gaya Kepimpinan Demokratik
berkongsi
tanggungjawab denganmurid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan
bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan
menyeronokan.
- Gaya Kepimpinan Laissez-Faire
kebebasan sepenuhnya dalam apa
jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar
kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra.
"Guru perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid
berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di
kalangan murid-murid"
(Dr.Ragbir Kaur, 2008)
"Tugasan yang di
berikan kepada murid-murid dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu
dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap
murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab,
berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara
guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelesaian masalah yang
dihadapi oleh murid-murid"
(Haji Samsudin bin Md Noor )
4. Faktor
Teknikal
Teknik-teknik yang digunakan untuk
merangsang semangat dan kesediaan belajar.
Faktor ini merangkumi aspek
- kemahiran guru
- kecekapan penggunaan alat bantu mengajar
- mengikut peruntukan masa
- aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, kuiz, drama dan sebagainya.
"Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang semangat belajar murid agar mereka
berusaha dengan lebih giat lagi"
(Mok Soon Sang, 2008)
Di samping itu persediaan
guru merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid merupakan
sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik.
"Adakalanya murid tidak
memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang
hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan
dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, peralatan,
pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap"
(Haji Samsudin Bin Md Noor)
"Walau bagaimanapun kehebatan pengajaran guru
bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, flesibiliti
iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa
digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti
kelas, dan pengurusan masa yang berkesan."
(Haji Samsudin bin Md Noor)
No comments:
Post a Comment