BAB 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Guru yang professional haruslah;
- menguasai dan bijak dalam mengurus pelajar itu sendiri dengan berasaskan konten pedagogi guru.
- memahirkan diri bukan sahaja dari segi kurikulum malah kokurikulum.
- bersedia dalam penyediaan sumber yang mencukupi dan pelbagai agar dapat menarik minat pelajar dalam matapelajaran yang di ajar.
Pengurusan
"Proses merancang,
mengelola,memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai
matlamat yang ditentukan" (Stoner,1984)
"Pengurusan merupakan satu proses
mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat"
(Robbins,1984).
"Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan,
manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat
organisasi"
(Shukur,1988)
Sekolah
"Sekolah
merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di
dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran
yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain"
Sharpe (1989)
Isi penting dalam
topik ini adalah;
- matlamat pembelajaran,
- prinsip pembelajaran
- faktor mempengaruhi kesediaan belajar
1. MATLAMAT PEMBELAJARAN
- Pendidikan ialah penambahan ilmu
“Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk
menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang
terdapat pada bakat dan watak seseorang.”
(Stuart Mill)
- Pendidikan ialah mendidik
“Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar. Pendidikan berlaku
melalui tunjuk ajar, latihan dan indoktrinasi.”
(Ducasse)
- Pendidikan juga adalah sistem
“Pendidikan ialah satu sistem
perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.”
(Aristotle: 384 S.M. – 322S.M)
- Pendidikan itu sendiri adalah proses
“Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa
kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan
juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya
dapat hidup dengan lebih selamat.”
(John Dewey: 1933)
2. PRINSIP PEMBELAJARAN
Pengajaran perlulah dirancang mengikut fasa dan turutan.
Antara fasa-fasanya
ialah;
- mempelbagaikan teknik belajar
- kreativiti guru dalam mengekalkan tumpuan pelajar
- kepelbagaian dalam proses pembelajaran
3. FAKTOR MEMPENGARUHI KESEDIAAN PELAJAR
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi,
antaranya ialah
- kematangan fizikal
- dorongan
- mengekalkan perhatian
- sosial
- persekitaran
- pengalaman sedia
Faktor-faktor tersebut dapat dipupuk dengan
membuat persedian yang mantap kerana pegurusan yang bagus adalah yang dibuat
dengan baik.
No comments:
Post a Comment