Saturday, June 15, 2019

BAB 13 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 1 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Persekitaran
Kawasan disekeliling suatu tempat.

Persekitaran Sekolah
Suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. 

Persekitaran Fizikal
Kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah.
Contohnya
  1. Reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan)
  2. Kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah
  3. Susunan perabotPapan tulis
  4. Sumber bahan pembelajaran
  5. Bilik air
  6. Perpustakaan 


Faktor Persekitaran Psikososial Sihat
  1. Pendekatan pengajaran
  2. Gaya kepimpinan guru
  3. Bentuk komunikasi
  4. Corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah

Kepentingan Hubungan Antara Sekolah Dengan Masyarakat
  1. Sekolah adalah sebahagian yang integral dari masyarakat, ia bukan merupakan organisasi yang terpisah dari masyarakat.
  2. Sekolah adalah lembaga sosial yang berfungsi untuk melayani anggota-anggota masyarakat (pelajar dan ibu bapa) dalam bidang pendidikan. 
  3. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan dan membentuk pelajar yang bersahsiah serta bertanggungjawab sejajar dengan Falsahah Pendidikan Kebangsaan.

Pengurusan Perkongsian
"Proses yang membantu organisasi untuk mencari, memilih, mengorganisasi, menyebar dan memindahkan pengetahuan untuk aktiviti-aktiviti seperti penyelesaiaan masalah, perancangan strategik dan pembuatan keputusan"
 Zuliana Zookefli dan Khalid Md Nor (2008)
Kepentingan pengurusan juga amat penting dalam membentuk sekolah yang baik kerana struktur dan perancangan sekolah mempengaruhi prestasi pelajar di sekolah tersebut. 

Perkongsian Pengetahuan 
Penyampaian maklumat kepada semua pihak yang terlibat di dalam organisasi tersebut.
  "Komitmen untuk memberitahu dan menterjemah, serta mendidik rakan sekerja yang lain. Maklumat yang dikongsi tidak hanya mengenai aspek kerja tetapi juga termasuk visi, matlamat, sokongan, perasaan, pendapat dan soalan." 
Zuliana Zookefli dan Khalid Md Nor (2008)

Hubungan Sekolah Dan Ibu Bapa 
Mewujudkan suasana harmoni dengan bantuan ibu bapa dalam memberikan sumbangan wang ataupun tenaga dan juga idea. Sekolah yang mempunyai persekitaran yang baik dapat melahirkan sifat tenang dan selisa ketika belajar, malah pengurusan PIBG yang cekap dapat melahirkan sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment