Saturday, June 15, 2019

BAB 7 PENGURUSAN SUMBER

BAB 7 PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan


“Satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Pengurusan juga terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satuatau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancangkan”
(Buck, 2010)


“Pengurusan merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Antara fungsi pengurusan termasuklah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan” 
Abdul Aziz Yusof (2004, 2007)



Sumber
Sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkan oleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan seharian.

Kategori sumber 
  1. Sumber alam/semulajadi, 
  2. Sumber manusia, 
  3. Kewangan 
  4. Teknologi. 
  5. Kategori sumber ini digunakan manusia secara langsung untuk proses kelangsungan hidup dan mempunyai perkaitan dengan definisi pengurusan.

Pengurusan Sumber
Bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat.


Pembelajaran Berasaskan Sumber
Kemahiran mengurus sumber penting bagi;
  1. Menjelaskan fakta
  2. Membuktikan kesahihan fakta
  3. Menyatakan kebenaran fakta 
Agar tidak menyimpang atau menyerong dengan etika dan norma-norma masyarakat. 



Pembelajaran berasaskan sumber berhasrat melibatkan semua pelajar belajar secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Hal ini bermaksud, pelajar memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

Guru hanya bertindak sebagai pemerhati serta menjadi fasilitator kepada pelajar.



Selain itu, peranan guru juga adalah mencari sumber yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar manakala pelajar bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berasaskan sumber tersebut.

Sebagai contoh, sumber yang digunakan oleh guru untuk menjalankan aktiviti adalah sumber yang berasaskan komputer.

Di sini, guru akan menyuruh pelajar mencari maklumat yang terdapat dalam computer untuk menjalankan aktiviti kumpulan.



Menggunakan cara tersebut kita dapat melihat penglibatan aktif semua pelajar untuk mencari maklumat mengenai tajuk yang telah diberikan oleh guru.



Selain daripada itu, ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber hendaklah lebih flaksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.

Maksudnya di sini ialah gaya pembelajaran pelajar boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian yang mereka perlukan.

Contohnya, jika terdapat seseorang pelajar hendak bertanyakan soalan kepada gurunya selepas tamat waktu persekolahan.

mereka tidak sepatutnya berjumpa dengan guru semata-mata hendak bertanyakan akan jawapan. Sebaliknya mereka boleh menggunakan internet untuk mencari maklumat yang dikehendaki atau berkomunikasi secara langsung dengan guru melalui email ataupun telefon bagi bertanyakanakan masalah tersebut tanpa perlu bersemuka.

Hal ini lebih senang dan menjimatkan masa para pelajar dan guru tersebut. 



Ciri pembelajaran berasaskan sumber dapat memberikan

peluang kepada pelajar untuk  belajar mengikut keupayaan mereka.

 Sebagai guru mereka perlu mengetahui tahap keupayaan setiap pelajarnya supaya dapat memudahkan guru untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar berkenaan. Tidak semua pelajar boleh menerima pembelajaran yang diberikan oleh guru. 
Hal ini bergantung kepada tahap keupayaan seseorang pelajar. 

Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai tahap keupayaan yang rendah, tidak sesuai untuk belajar dengan menggunakan sumber bercetak seperti buku, majalah atau surat khabar kerana pemikiran mereka tidak dapat memahami dan menguasai     maksud yang cuba disampaikan dalam teks tersebut. 
Oleh sebab itu, golongan pelajar seperti ini hendaklah diajar menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan komputer atau alat pandang dengar seperti televisyen mahupun video kerana mereka akan lebih memahami maksud yang cuba disampaikan dengan lebih jelas lagi. 
Di samping itu juga, aktiviti pembelajaran haruslah memberi penekanan kepada sumber pendidikan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran.


Ciri      pembelajaran   berasakan sumber yang terakhir ialah dapat menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi bagi meningkatkan motivasi belajar para pelajar. 
Dalam konteks ini guru boleh memilih sendiri kaedah pembelajaran dengan menggunakan pelbagai sumber seperti, internet, cakera padat, video, televisyen, buku teks, majalah, surat khabar, kamus ataupun sumber yang berasas kanmanusia contohnya guru ataupun rakan sekelas. 
Selain itu juga, dengan penggunaan pelbagai sumber pengetahuan pelajar akan bertambah luas Mereka juga boleh berkomunikasi dengan guru ataupun rakan yang lain apabila tamatnya waktu persekolahan dengan menggunakan internet seperti email ataupun telefon.




















No comments:

Post a Comment