Saturday, June 15, 2019

BAB 8 PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

BAB 8 PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Pengurusan Bilik Darjah

“Proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai”
(Mok Soon Sang, 2011)

“Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri”
(Noraini Idris, 2009)

Definisi Pengurusan Bilik Darjah

“Bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku”
(Bosch, 2006)

“Ia adalah pakatan antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan”
(Mok Soon Sang, 2011)

Strategi Pengurus Bilik Pembelajaran
Faktor Fizikal Bilik Darjah
·         Penyusunan bilik darjah.
o   Penyusunan bilik darjah adalah merupakan salah satu faktor yang penting ini kerana ia boleh menjadi faktor penggalak atau penghalang dalam suatu sesi PdP.
o   Kedudukan meja dan kerusi pelajar hendaklah berhadapan dengan papan putih ini kerana jika kedudukan meja dan kerusi pelajar berada dalam kedudukan yang sebaliknya fokus pelajar semasa proses PDP akan terganggu.
o   Kedudukan meja guru pula hendaklah berada di hadapan kelas dan berdekatan dengan pelajar ini bagi memudahkan guru untuk mengawal kelas serta meningkatkan interaksi antara pelajar dengan guru.

Interaksi Dalam Bilik Darjah
·         Interaksi Satu Hala
o   Antara guru dan pelajar
o   Corak interaksi ditentukan oleh guru yang mengajar
o   Tiada interaksi antara pelajar dengan pelajar yang lain
o   Pelajar tidak terlibat secara langsung dalam sesi PDP. 

·         Interaksi Dua Hala
o   Antara guru dengan pelajar
o   Pelajar dengan guru
o   Situasi ini boleh diwujudkan jika guru menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam sesi PDP dengan bertanyakan pendapat atau soalan kepada pelajar. 
o   Bagi corak interaksi antara pelajar dengan pelajar pula, guru menggunakan pendekatan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan penggunaan kertas kerja, lakonan dan lain-lain.
o   Dengan cara ini, aktiviti pembelajaran secara aktif dan dinamik dapat diwujudkan.
o   Dengan cara itu juga, pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.

·         Interaksi Pelbagai Hala
o   Guru menggunakan kaedah pengajaran bersifat simulasi, pendekatan berkumpulan, perbincangan
o   Dengan menggunakan kaedah tersebut sesi PDP yang kondusif dapat diwujudkan dan para pelajar menyertai sesi PDP secara aktif.


Iklim Dalam Bilik Darjah
Suasana Fizikal
·         Penggalak ataupun penghalang kepada proses PDP.
·         Guru sangat berperanan dalam menentukan suasana fizikal bilik darjah. Kerusi, meja, papan putih dan penggunaan alat bantu mengajar juga tergolong dalam suasana fizikal bilik darjah.

Suasana Sosial
·         Tugas guru untuk mengkaji melalui pemerhatian biasa atau menggunakan teknik sosiometri.
·         Sosiometri adalah merupakan teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar.
·         Teknik sosiometri ini boleh diaplikasikan menggunakan ujian sosiometri Moreno.
·         Ujian sosiomteri Moreno ini dapat menentukan seorang pelajar itu merupakan ahli bagi sesebuah kumpulan atau merupakan penerimaan pada kumpulan lain.

Suasana Emosi
·         Aspek terpenting jika dibandingkan dengan suasana fizikal dan suasana sosial.
·         Gabungan daripada pelbagai aspek antaranya ialah suara, kelucuan, penggunaan pujian, kemesraan, stail, kawalan, kepimpinan dan kaedah mengajar serta sikap dan ekpektasi bilik darjah.
·         Aspek yang pertama ialah suara, para guru hendaklah mempunyai suara yang terang, jelas dan semula jadi. Ini bagi mewujudkan suasana kelas yang tenang serta menggalakkan interaksi pelajar dalam sesi PDP.
·         Aspek seterusnya ialah kelucuan, aspek ini perlu di digunakan dalam sesi PDP, ini bagi memulihkan suasana muram dan memudahkan sesi pembelajaran.
·         Selain itu, penggunaan pujian juga perlu dalam sesi PDP. Para guru boleh menggunakan metode ini untuk meningkatkan semangat para pelajar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan persaingan diantara pelajar. Guru boleh memberi pujian kepada pelajar dalam bentuk berkumpulan, individu ataupun memuji di khalayak ramai bergantung kepada situasi. 


Kawalan
Kawalan Positif Formal
·         Pemberian markah dan menggalakkan persaingan.

Kawalan Positif Tidak Formal
·         Guru melonggarkan peraturan yang ditetapkan ataupun menggunakan kaedah pengajaran ekstrinsik.

Kawalan Negatif
·         Bersifat hukuman ataupun member pengajaran kepada para pelajar contohnya adalah dengan mengenakan denda, sindiran, hukuman dan lain-lain. 


Kepimpinan dan Kaedah Mengajar
·         Jika guru dapat mengaplikasikan aspek ini suasana PDP yang demokratik akan diwujudkan dan secara langsung akan menggalakkan para pelajar untuk bekerjasama.
·         Para guru dapat mempengaruhi pelajar secara langsung dan tidak langsung.
·         Contoh bagi guru yang mempengaruhi para pelajar secara langsung adalah dengan memuji pelajar dan menggalakkan para pelajar bersifat terbuka dengan cara menerima idea pelajar lain.
·         Manakala untuk situasi guru mempengaruhi pelajar secara langsung adalah dengan bersifat kritikal terhadap pelajar

No comments:

Post a Comment