Saturday, June 15, 2019

RAKAN SEPERJUANGAN

RAKAN SEPERJUANGAN DALAM KELAS KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN


Alexson (Baju Biru)

NAMA PENUH: ALEXSON NGINDANG
UMUR: 21 TAHUN
PROGRAM: ISMP PENDIDIKAN MORAL
AMBILAN: SEPTEMBER 2018/2019
ASAL: SRI AMAN, SARAWAK

Perkenalan kami sudah bermula sebelum kelas KPS lagi namun tidak serapat semasa ditempatkan di kelas yang sama. Kami berkenalan sejak kemasukkan pada bulan September 2018. Apa yang boleh saya perhatikan sepanjang perkenalan dengan beliau adalah, beliau agak pendiam namun apabila diajukan soalan oleh pensyarah, beliau tidak segan untuk menjawab. Beliau juga lantang menyuarakan pendapat seperti yang saya dengar daripada rakan saya yang lain yang sama program dengan beliau terutama isu pemilihan minor yang mana beliau menyuarakan hasrat untuk mengambil minor Bahasa Iban namun pensyarah subjek fakulti mereka tetap dengan pendirian menyuruh mereka kekal dengan minor Sivik pilihan fakulti. Selain itu, beliau cekal dalam mengharungi liku-liku kehidupan walaupun tidak mudah seperti yang saya lihat. Beliau tidak menjadikan apa-apa sebagai penghalang untuk beliau mengejar cita-cita beliau dengan Berjaya membuktikan kepada sahabat handai, keluarga dan masyarakat bahawa beliau telah Berjaya menjejakkan kaki di sebuah Menara gading yang berprestij di Malaysia ini. Sepanjang perkenalan dengan beliau, beliau tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa terbuka dengan apa-apa permasalahan yang saya ajukan sehingga saya dapat mencapai suatu solusi untuk permasalahan tersebut. Apa yang saya harapkan adalah agar persahabatan kami bukan setakat sampai di sini sahaja, malah semoga kekal hingga ke kemudian hari memandangkan masih banyak peluang dan ruang yang membolehkan kami berjumpa lagi terutama jika masih bertemu dalam satu kelas yang sama lagi, mungkin kami akan bekerjasama lagi sebagai satu kumpulan.  

BAB 1 SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


Sosiologi berasal daripada perkataan:
    • Latin, iaitu "sosio"yang bermaksud berkongsi.
    • Gabungan Yunani dan Rom yang bermaksud pengetahuan mengenai masyarakat


Sosiologi adalah kajian saintifik mengenai
    • Zanden, 1996 - interaksi sosial dan organisasi
    • Jary dan Jary, 1993 - masyarakat dari segi fungsi, bentuk organisasi sosial, dan perkembangan budaya
    • Giddens, 1993 - keidupan sosial manusia, kumpulan dan masyarakat
    • Water, 1994 - fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan interaksi antara manusia

Maksud Sosiologi

"Sosiologi ialah kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut" 
Amir Hasan (2002).


Tokoh-Tokoh Sosiologi
Image result for auguste comte
Auguste Comte (1798-1857)
 Teori Fungsionalisme (Teori Konsensus)
Masyarakat seperti tubuh badan dengan fungsi tersendiri. Struktur social menentukan kelancaran & keharmonian masyarakat. Perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan menyumbang kepada kestabilan dan penerusan masyarakat. Menekankan kepentingan pengekalan status quo dalam masyarakat.

Image result for karl marx

Karl Marx (1818-1883) 
Teori Konflik
Melihat perspektif konflik & perubahan antara kelas sosial berbeza/sama secara berkumpulan yang mahukan perubahan dalam masyarakat. Konflik masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial. 


Image result for george herbert mead


George Herbert Mead (1863-1931) 
Teori Interaksionisme Simbolik

Interaksi seorang individu dibentuk/ membentuk antara individu lain. 
Melihat pendidikan dari sudut mikro. 


Perspektif Sosiologi

Mikro
Makro
Bersifat 
  1. Kecil
  2. Individu  
Bersifat 
  1. Besar
  2. Kompleks
  3. Berfokuskan masyarakat/organisasi
Contoh:
  • Merokok
  • Penagihan dadah
  • Kesan kesihatan fizikal
  • Kesan kesihatan mental

Contoh:
  • Kes jenayah
  • Penyakit berjangkit
  • Kualiti kerja dan pengeluaran
  • Pengabaian anak-anak
  • Vandalisme


Sosiologi Pendidikan

Kajian sistematik & saintifik = hubungan antara pendidikan dengan masyarakat,  
seterusnya mempengaruhi=>
  1. Matlamat
  2. Bentuk institusi
  3. Pentadbiran
  4. Kurikulum
Matlamat pendidikan:
  • Sosialisasi
  • Pemilihan
  • Pembudayaan
  • Pelaburan
  • Pembinaan negara bangsa
  • Perkembangan potensi diri
Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, proses pemilihan, proses pembudayaan, pelaburan, proses membina warga negara dan proses membantu pembelajaran.




BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Sosialisasi 
  1. Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
  2. Proses pembelajaran berterusan yang bermula dari pemindahan norma/ nilai dalam Keluarga atau budaya. 


Sosialisasi Normal 

Sosialisasi primer/permulaan 
Proses pembelajaran yang berlaku dalam keluarga. 
  • Kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran, motor, dan penaakulan. 

Sosialisasi sekunder/penyertaan 
Proses pembelajaran yang berlaku di luar lingkungan keluarga.
  • Pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti  rakan sebaya, guru dan media massa. 

Resosialisasi 
Proses individu menukar kepercayaan, moral, dan nilai yang sedia ada. 
  • Dalam pendidikan di Malaysia , sosialisasi adalah matlamat utama di mana sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan. 

    

Dinamika Bilik Darjah

Maksud: Pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri, nilai, tingkah laku, dan minat yang sama.
Faktor:
Jantina, bangsa/agama, status sosioekonomi, pencapaian akademik, personaliti, gaya pembelajaran
Peranan guru:
  • Mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah
  • Member perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir
  • Menggunakan kuasa penularan
  • Bimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini
  • Guru sendiri bertindak sebagai teladan

BAB 3 KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 3 KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

Pengurusan


"Proses merancang, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan" 
(Stoner, 1884) 

"Proses mendapatkan secara berkesan untuk mencapai matlamat. Antara kepentingan pengurusan adalah untuk menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambahkan produktiviti dan mendpatkan keredaan Tuhan." 
(Robins,1984) 


Pengurusan Bilik Darjah 

"Guru perlu bertindak mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, penglibatan yang aktif dan meningkatkan motivasi kendiri murid"
 (Burden, 2003)

Perkara yang perlu dititikberatkan 
  1. Pembelajaran
  2. Tingkah lau dan disiplin
  3. Fizikal. 



Strategi Pengurusan Pembelajaran 

 Berpusatkan Guru 
Guru menguasai proses pengajaran dan pembalajaran.
  1. Kuliah
  2. Penghafalan
  3. Menyalin nota
  4. Membuat latihan yang diberi oleh guru. 



Berpusatkan Bahan 
Guru menggunakan bahan untuk mengajar.
  1. Buku
  2. Bahan lukisan
  3. Komputer
  4. Peralatan saintifik 
Berpusatkan Pelajar
Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab guru untuk apa yang diajar dan bagaimana dia dapat pelajari. 

Pengurusan Sekolah 
  • Mempunyai organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. 
  • Paling sukar ditadbir kerana sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. 
  • Kumpulan sasarannya juga manusia seperti kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi, dan sosial.
Pengurusan Dalam Pengurusan Sekolah
  1. Pengurusan bilik pembelajaran
  2. Pengurusan sumber
  3. Pengurusan tingkah laku/disiplin
  4. Pengurusan penasihatan
  5. Pengurusan multibudaya
  6. Pengurusan multiupaya
  7. Pengurusan sekolah dan masyarakat
  8. Pengurusan kokurikulum








BAB 4 KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

BAB 4 KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

 "Gaya kepimpinan yang berkesan akan meningkatkan keberkesanan sesbuah organisasi." Tannenbaun dan Schmidt (1958) dalam Nursya'bani Purnama (2003), 


Daya pengerak sebelum memilih sesuatu gaya kepimpinan 
  1. Daya pengerak dalam pemimpin
  2. Daya pengerak dalam diri pekerja atau pengikut
  3. Daya pengerak berdasarkan situasi
Transformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan:

  1. Meningkatkan kualiti pembangunan profesional sepanjang kerjaya, dengan memberikan tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah
  2. Melaksanakan laluan kerjaya guru bersaskan kompetensi dan prestasi
  3. Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran , dan pakar bidang khusus

Praperkhidmatan

Pemilihan calon yang menepati kriteria untuk mengikuti latihan keguruan pada peringkat pengajian tinggi. Selain itu, lulu program pengajian dan memperoleh kelayakan ikhtisas. Selain itu, melalui penilaian untuk layak dipertimbangkan memasuki perkhidmatan PPP, Pegawai Perkhidmatn Pendidikan.

Awal perkhidmatan

PPP dilantik ke jawatan tetap DG41 dan didaftarkan menjadi Guru Malaysia. Tugas utama PPP islah melaksanakan PdP dan menjalani program induksi dan pementoran. Awal perkhidmatan berfokus kepada kelayakan, lantikan, Rekod Daftar Guru dan pembangunan kompotensi.



Spesifikasi Tugasan Kepimpinan Sekolah

Pengetua
  • Peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum 

  • Memastikan pelaksanaan Kurikulum dan Kokurikulum selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran

  • Hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah

  • Wujud hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar

GPK Pentadbiran (GPK 1)
  • Mejalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya

  • Hal kurikulum, pentadbiran, hubundan masyarakat dan keselamatan

  • Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran

  • Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

Guru Kanan Mata Pelajaran
  • Menyelaras aktiviti P&P 

  • Menyelaras sebagai panitia bidang mata pelajaran

  • Mentadbir dan mengurus kurikulum bidang mata pelajaran

  • Mengurus stor dan inventori bidang mata pelajaran

Kaunselor
  • Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungan sendiri dengan dunia sosial dan psikologi di tempat pelajar berada
  • Menolong pelajar memahami sikap sendiri dan peluang-peluang untuk pemyempurnaan kendiri